Jumaat, 12 November 2010

Dulu Kosong, Sekarang Lima

Indahnya kehidupan andai diselubungi dengan gelak tawa yang mencuit hati hamba ketika sang hati resah untuk melihat wajah - wajah comel anak saudara hamba. Rindu rasanya hendak bermain dengan gelagat mereka yang kadang kala tergugat kesabaran kita. Heh.. Hamba sentiasa mendoakan agar perkembangan kehidupan mereka sama ada fizikal, kognitif, sahsiah dan segalanya berlaku dalam keadaan dan sekitar yang baik. Hamba tidak sanggup untuk melihat mereka dididik dengan cara yang salah atau terlalu mementingkan kehendak mereka berbanding keperluan. Jika dilihat fenomena yang berlaku di sekitar kita sekarang, pembuangan bayi, pembunuhan ibu bapa yang tragis menyebabkan hamba takut untuk membiarkan anak saudara hamba bergaul bebas setelah remaja kelak. Zaman remajalah merupakan media atau wadah untuk mereka mencari identiti mereka. Mulalah mereka untuk terpengaruh dengan personaliti atau kelakuan rakan sebaya yang akhirnya mengundang impak negatif terhadap diri mereka, keluarga, agama dan negara. Semoga kebimbangan hamba ini terubat andai mereka diberi didikan agama yang berhemah semenjak kecil lagi. Perkhabaran anak saudara hamba yang baru diberi nama NurSyahirah membuatkan hamba semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke kampung. Pada masa ini, hee.. anak saudara hamba sudah mencapai 5 orang ( Norsyakira, Norsyamira, Norsyahirah, Adam Ikmal, dan Iman Daniel) dan 6 orang (tidak pasti lagi sekarang) untuk anak saudara angkat hamba yang kini menetap di Lawas. Lihatlah wajah - wajah mereka yang membuat hamba semakin menyanyangi mereka. Moga mereka menjadi anak yang berguna untuk kedua orang tua mereka kelak. Al - Fatihah untuk kedua orang tua kita yang masih hidup. Amin.


(Kiri : Norsyamira; Kanan : Norsyakira)


(Adam Ikmal)


(Iman Daniel)


1 ulasan:

  1. salam,ckgu suraya, ini adik ain, ain rindu sangat2 kat akak......... klu ain call please arr angkat tau............ klu ain sms please arr balas...........

    BalasPadam