Ahad, 14 November 2010

Diriku dan Dirinya

Pernah tak anda mendengar mengenai hebatnya cinta. Sudah pasti ya bukan? Cinta seperti yang diketahui semuanya indah - indah belaka. Jarang untuk kita mengatakan cinta itu menyeksakan, membosankan dan sebagainya. Bagi hamba, ucapan " cinta, sayang, rindu awak " bukan hanya setakat di bibir sahaja, namun perlu untuk dilahirkan secara lahiriah dan batiniah. Seseorang yang mencintai seseorang memerlukan pengorbanan, ketulusan hati dan benar - benar jujur dalam perhubungan. Jujurnya, saya pernah melukai hati ('',) sejak beberapa tahun yang lalu, namun akibat kesedaran melihat pengorbanan si dia terhadap diri hamba ini yang terlalu mencintai hamba sepenuh jiwa raga, maka hamba berusaha untuk mengubah diri hamba sedikit demi sedikit. Kini, jiwa hamba semakin hari semakin mencintai dan berharap agar percintaan kami berdua hingga ke jinjang pelamin. Biarpun, ramai mata yang memandang serong terhadap percintaan yang kami bina ini, bahkan tidak merestui hubungan kami, namun kami yakin bahawa percintaan kami bukan atas dasar mainan dan pastinya berjaya dari segala aspek. 3 tahun setengah sudah kami bersama, moga keutuhan setia tetap bersemadi di jiwa. Imbas kembali kenangan lalu memang mengusik jiwa. Cinta, cinta juga tapi cinta kepada Allah yang Esa jangan dilupa kerana cinta kepadanya adalah cinta yang hakiki. Al - Fatihah buat kedua orang kita yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.



(Cuba teka yang mana satu ('',) hamba, ni masa dia ngan kawan2 kat poli, kfc gituh)


(Tempat ('',) hamba belajar, x lama lagi tamatlah jua)


( Inilah dia ('',) yang diberi nama Mohammad Ariffin dengan gelarannya B, heheh)


(Nostalgia 2008 yang indah di saat persekolahan)


(Ni BC dari si dia, sepet mata macam Ros, jgn marah yer..heh)


(Hah, barulah comel BC hamba bila matanya dah menjadi bulat)

Sabtu, 13 November 2010

2010 Semakin Berlalu

Banyak perkara yang hendak hamba kongsikan di sini, biasalah apbila diberi peluang untuk bercoret, hamba mahu sahaja gunakan sepenuhya kemudahan itu. Pertama sekali hamba nak kongsikan kemanisan hari raya yang sudah pun berlalu begitu sahaja. Walaupun masa yang ada amat singkat untuk melepaskan rindu, namun sudah cukup melakarkan kenangan manis buat hamba sekeluarga dan ('',). Indah dan bahagianya saat itu. Setiap insan pastinya mempunyai memori yang berbeza, dan bagi hamba tahun 2010 merupakan tahun yang penuh duka berbanding suka. Yakni, banyak pahit dari madunya. Apapun, lupakankanlah segala yang pahit itu dan jadikanlah sebagai pengajaran, kenangkanlah madu yang sentiasa menjadikan diri kita sebagai khalifah yang berguna di bumi pinjaman Tuhan yang Esa ini. Marilah kita bersama - sama imbas kembali kenangan hamba sekeluarga. Al - Fatihah buat kedua orang tua kita yang masih berada di sisi atau telah pergi menemui al - khalik. Amin.


Tengoklah wajah - wajah keluarga hamba ni, merekalah yang sentiasa menjadi pendorong hamba hingga berjaya sekarang. Ibu hamba yang memegang erat ketika bergambar membuatkan hati hamba tersentuh kerana dialah yang sentiasa menjaga dan menyayangi hamba walaupun kadang kala hamba memang anak yang degil. Ibu, pasti suatu hari nanti hamba akan membalas jasa dan budi baikmu selama ini. Buat adik beradik hamba juga, terima kasih atas pengorbanan yang kalian curahkan selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

Cuba teka yang mana ayah hamba, hehehe mestilah yang berbaju Melayu putih itu. Ayah hamba seorang yang rajin dan baik, hamba berjanji untuk menjaga dan membalas budi baiknya kelak kerana membantu hamba berjaya hingga ke hari ini. Harapan hamba moga ibu dan ayah hamba sentiasa menjaga kesihatan mereka agar berkesempatan untuk merasai wang gaji hamba kelak. Amin. Adik hamba tu, heheh berbaju Melayu merun memang adik yang paling baik buat diri hamba, hamba doakan dia sentiasa mendapat kejayaan dalam kehidupannya dan jangan pernah terjebak ke lembah yang tidak baik.

Yang berbaju t - shirt putih itu abang ipar dan suami kakak hamba yang nombor dua, baik orangnya. Sebelahnya tu, kakak nombor dua hamba yang sarat mengandung ketika itu dan sekarang telah melahirkan baby girl yang comel lagi hehe. Yang berbaju kurung tu, kakak sulung hamba yang sentiasa pendiam, tapi penuh misteri orangnya di samping suami di sisi. Cuma yang tiada di saat ini ialah abang kandung hamba yang masih bekerja walaupun sudah merayakan hari raya pertama. Jenguklah lagi juadah yang hamba sekeluarga sediakan untuk tetamu dan diri sendiri, hehehe.


(Ni letaknya kat ruang tamu yang kedua, adam anak saudara hamba sentiasa menjadikan tempat juadah ini untuk dijadikan tempat permainannya hehe)


(Ni pulak kat ruang tamu utama, kek merah tu lah kek kegemaran hamba)



(Ni pun kat ruang tamu utama, memang tangan hamba sering mengambil isi - isi "penting" di dalamnya hahaha)


(walaupun ruangnya kecil, namun cukup membahagiakan kami sekeluarga tahun ni)

Ikatan Kukuh

Sememangnya setiap individu yang bergelar insan di dunia ini memerlukan kawan atau teman sebagai sokongan untuk meneruskan kehidupan. Pernah tak anda terfikir dan bertanyakan soalan kepada diri anda, bahawa anda tidak pernah tiada kawan? Jika jawapannya pernah, anda adalah seorang pembohong terbesar di dunia ini. Mengapa hamba berkata sebegitu rupa? Heh.. Imbas kembali sepanjang kita bersekolah dari sekolah rendah lagi hinggalah sekarang, adakah anda sentiasa keseorangan atau sentiasa dikelilingi oleh teman - teman yang berkongsi duka dan gembira? Heehe..Sebenarnya hamba ingin mengkhabarkan kepada anda bahawa sepanjang hidup hamba, insan - insan yang bernama teman baik atau rapat hamba sentiasa berada di sisi hamba sehingga tercapainya separuh matlamat dalam hidup hamba ini. Kini, setahun setengah sudah hamba bersama mereka di perantauan mengejar matlamat utama unutuk menjadi bakal mua'lim. Dua orang sahabat hamba datangnya dari asal yang sama, cuma berlainan negeri sahaja. Namun, sikap masing - masing tak ubahnya seperti tali yang diikat kuat kerana kami bertiga sering bersama tak kira senang atau susah. Betapa hamba menyayangi mereka seperti hamba menyayangi keluarga dan ('',) hamba. Terima kasih hamba ucapkan selama ini atas kesudian kalian berdua menjadi salah satu tali yang mengikat tali persahabatan kita bertiga dengan kukuh. Semoga kejayaan dipertemukan Allah S.W.T buat kita bersama. Kenangkanlah saat bahagia kita yang sentiasa bergelak tawa di rumah sewa yang penuh misteri ini. Heheh...Sedekahkanlah surah Al - Fatihah kepada kedua orang tua kita yang masih hidup atau telah bertemu Allah S.W.T. A min. Lihatlah wajah mereka yang comel dan cantik ini yer.


( Rosmiati Ariffin)

(Dayang Siti Nuramalina)

(Rosmiati dan Suraya kat kelas Teori dan Kritikan sastera, boring lar tu)


(Kenangan kat PC, UPSI sebelum masuk kuliah hehe)


(Dayang dan Suraya kat B.E- Learning semasa tunggu nak masuk kelas heh)


(Suraya dan Dayang kat Komplek Muzik masa kuliah Teori dan Kritikan sastera, huh boring)


Jumaat, 12 November 2010

Dulu Kosong, Sekarang Lima

Indahnya kehidupan andai diselubungi dengan gelak tawa yang mencuit hati hamba ketika sang hati resah untuk melihat wajah - wajah comel anak saudara hamba. Rindu rasanya hendak bermain dengan gelagat mereka yang kadang kala tergugat kesabaran kita. Heh.. Hamba sentiasa mendoakan agar perkembangan kehidupan mereka sama ada fizikal, kognitif, sahsiah dan segalanya berlaku dalam keadaan dan sekitar yang baik. Hamba tidak sanggup untuk melihat mereka dididik dengan cara yang salah atau terlalu mementingkan kehendak mereka berbanding keperluan. Jika dilihat fenomena yang berlaku di sekitar kita sekarang, pembuangan bayi, pembunuhan ibu bapa yang tragis menyebabkan hamba takut untuk membiarkan anak saudara hamba bergaul bebas setelah remaja kelak. Zaman remajalah merupakan media atau wadah untuk mereka mencari identiti mereka. Mulalah mereka untuk terpengaruh dengan personaliti atau kelakuan rakan sebaya yang akhirnya mengundang impak negatif terhadap diri mereka, keluarga, agama dan negara. Semoga kebimbangan hamba ini terubat andai mereka diberi didikan agama yang berhemah semenjak kecil lagi. Perkhabaran anak saudara hamba yang baru diberi nama NurSyahirah membuatkan hamba semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke kampung. Pada masa ini, hee.. anak saudara hamba sudah mencapai 5 orang ( Norsyakira, Norsyamira, Norsyahirah, Adam Ikmal, dan Iman Daniel) dan 6 orang (tidak pasti lagi sekarang) untuk anak saudara angkat hamba yang kini menetap di Lawas. Lihatlah wajah - wajah mereka yang membuat hamba semakin menyanyangi mereka. Moga mereka menjadi anak yang berguna untuk kedua orang tua mereka kelak. Al - Fatihah untuk kedua orang tua kita yang masih hidup. Amin.


(Kiri : Norsyamira; Kanan : Norsyakira)


(Adam Ikmal)


(Iman Daniel)


TRAUMA

Terkenang pada masa lampau yang menggamit kenangan silam. Memang mengasyikkan lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ELITE dengan TRAUMANYA itu. Hee.. Buat ('',), hamba mendoakan dirimu sentiasa bersemangat untuk berpraktikal, dapat membuat laporan dengan baik dan berkualiti, sihat tubuh badan dan bahagia bersama hamba untuk selamanya. Hayatilah lirik lagu Elite ini agar kita berdua sentiasa ingat bahawa kecurangan tak akan berlaku selagi kepercayaan dan kesetiaan sentiasa berpaut di dada masing - masing. Al - Fatihan buat kedua ibu bapa kita yang masih hidup. Amin.

Khamis, 11 November 2010

Aku dan Mereka

Apabila hamba terfikir sejenak merenung dinding, merenung alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa di luar tingkap terjerat rasa sedih dan pilu hamba meninggalkan mereka di seberang lautan sana. Biasalahkan, hidup sebagai seorang perantauan bukannya mudah. Hidup di negeri orang banyak bezanya dengan kehidupan kita yang biasa. Sehinggakan insan - insan yang kita sayangi terpaksa ditinggalkan. Entahkan mereka sihat, sakit, gembira, sedih atau sedang mencari rezeki yang halal siang dan malam. Hamba di sini hanya perlu mencari ilmu memahirkan perkara yang belum mahir, menambah pengalaman yang kekurangan, mengejar impian yang bakal terlaksana dan memperbaiki diri ke tahap yang lebih tinggi lagi dari segala aspek. Hidup yang bermakna lahir dari perlakuan dan sikap kita sendiri. Oleh itu, hamba menganggap hidup di perantauan sebagai salah satu cabaran yang perlu ada dalam hidup hamba sebelum impian tercapai. Wajarkah seseorang insan dikatakan berjaya tanpa pengorbanan sesuatu yang dianggap bernilai dan berharga dalam hidup ini?. Ingatlah semuanya hanya pinjaman Allah S.W.T sementara dan carilah matlamat yang hakiki. Sedekahkanlah AL - Fatihah selalu tidak kira masa dan hari kepada kedua orang tua kita selagi mereka masih bernyawa agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.